RANGKAIAN media sosial terbesar di dunia iaitu Facebook, WhatsApp dan Instagram menghadapi gangguan perkhidmatan sementara.
Gangguan tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.05 petang dan mula berfungsi semula lebih kurang pada pukul 3.20 petang.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kejadian ini dan menyuarakan kemarahan mereka menerusi aplikasi Twitter.
Turut ‘trending’ di Twitter #WhatsApp yang berdepan dengan gangguan tersebut.
Terdahulu, perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram pernah mengalami gangguan selama hampir enam jam pada tahun 2021.
Downdetector, yang mengesan masalah itu, berkata ia adalah kegagalan sistem terbesar pernah berlaku dengan 10.6 juta laporan masalah dilaporkan di seluruh dunia. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.