Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Angka positif Covid-19 kembali meningkat, 4,066 kes hari ini -

Angka positif Covid-19 kembali meningkat, 4,066 kes hari ini

ANGKA positif Covid-19 harian di seluruh negara kembali melebihi 4,000 apabila sebanyak 4,066 kes direkodkan pada Selasa.

Jumlah kes harian itu meningkat sebanyak 852 kes berbanding jumlah kes sebanyak 3,214, semalam.

Angka terkini berkenaan menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 diseluruh negara mencapai 2,840,225 kes.

Terdahulu, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW pada Isnin, sebanyak 10 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara.–SB