Suri rumah disyaki bunuh suami direman seminggu

0
60

SEORANG suri rumah yang disyaki membunuh suaminya di sebuah rumah di Rasah Kemayan, Seremban 2 di sini, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah reman ke atas wanita berusia 55 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Emysuriana Muhammad Subry sehingga 30 Jan ini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 4.11 petang semalam, mangsa yang juga bekas akauntan syarikat swasta itu ditemukan maut di dapur rumah mereka selepas dipercayai ditikam dua kali di bahagian dada dan pinggang menggunakan senjata tajam oleh isterinya.

Siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

Pasangan itu mempunyai empat anak dan ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here