Salah guna kuasa, SPRM tahan pengurus pemasaran

0
185

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus pemasaran bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa membabitkan penyelewengan bayaran hasil buah tandan segar sawit berjumlah lebih RM85,000.

Suspek lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pukul 12.30 tengahari tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Azmi Alias

Difahamkan, pada 2018 hingga 2019, suspek yang bertugas sebagai pengurus pemasaran telah menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng wang bayaran bagi hasil jualan buah tandan segar sawit tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here