Hari Pendidikan Sedunia: Fokus khas untuk golongan rentan etnik minoriti, miskin bandar dan luar bandar

0
595

PERHATIAN yang khusus perlu diberikan kepada golongan rentan dalam kalangan etnik minoriti serta golongan miskin bandar dan luar bandar dalam menangani isu ketisaksamaan akses kepada pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Azril Mohd. Amin berkata, perkara itu perlu dititikberatkan bagi menangani isu keciciran pelajar selain memberi tumpuan dalam menambah baik infrastruktur asas seperti akses kepada internet.

Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd. Amin.

“Mengambil kira pandemik COVID-19 yang telah memberi impak besar terhadap bidang pendidikan di dalam dan luar negara, MASA berpendapat suatu pendekatan holistik dan inklusif perlu dirangka dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan pasca pandemik, terutamanya bagi menangani isu keciciran pelajar selain memberi tumpuan menambah baik infrastruktur asas seperti akses kepada internet,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azril berkata, perkara itu adalah selaras dengan tema Sambutan Hari Pendidikan Sedunia 2022 hari ini, iaitu Mengubah Hala Tuju, Mentrasformasi Pendidikan yang turut bertepatan dengan komitmen MASA dalam menangkat peranan pendidikan sebagai salah satu tunjang pemnbangunan negara.

Dalam pada itu katanya, MASA juga berkomited dalam menghayati kepentingan pendidikan kepada setiap orang selaras dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta matlamat Akta Pendidikan 1966.

“Tema ini turut menterjemahkan aspirasi dan solidariti global ke arah memastikan setiap kanak-kanak mendapat hak dan akses yang sewajarnya dalam bidang pendidikan, seperti digariskan Teras Keempat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Ia juga meletakkan komitmen bersama untuk menyediakan pendidikan inklusif dan berkualiti, serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Azril menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Pendidikan meletakkan Malaysia berada di landasan yang tepat dalam mentransformasi pendidikan negara.

“Pelan ini cukup komprehensif dalam Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak PBB Upaya (CRPD),” ulasnya.

Menurutnya lagi, Sambutan Pendidikan Sedunia yang diisytiharkan pada Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-73 bermula tahun 2019, adalah bagi menjamin pendidikan berkualiti kepada semua selain menyediakan sokongan holistik untuk mengembangkan potensi setiap kanak-kana selaras dengan matlamat (CRC) dan Konvensyen Hak Orang Kurang.

“MASA berharap agar pihak pembuat dasar mengambil langkah segera dan tuntas untuk mengenal pasti cabaran dan halangan pasca pandemik, seterusnya merangka dasar dan strategi yang sesuai bagi merealisasikan visi pendidikan untuk semua dan sekali gus menjamin kelestarian pendidikan negara,” ujarnya lagi.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here