Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tak mahu streotaip, Zarina Anjolie idam watak ustazah pula -

Tak mahu streotaip, Zarina Anjolie idam watak ustazah pula

WAJAHNYA jarang muncul di kaca TV namun kelibat wanita yang satu ini lebih banyak mendominasi media sosial yang sudah menjadi tempatnya mencari rezeki sejak beberapa tahun yang lalu.

Jelas Zarina Anjolie, dia memang banyak menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi namun disebabkan beberapa perkara, hasrat tersebut ditangguhkan.

“Memang ramai yang bertanya kenapa yak berlakon lagi? Sebab kontroversi ke orang tak nak ambil dan macam-macam soalan lagi timbul.

“Kerja shooting ni penat dan bayaran masih sama macam dulu. Baiklah buat kerja menggunakan media sosial dan dapat duit lebih mudah.

“Kalau cakap fasal rindu tu, memang rindu nak shooting. Tapi tengok tawaran juga,” katanya berterus terang.

Jelas pelakon berusia 35 tahun ini lagi, dia sebenarnya cuba mengelakkan watak streotaip yang sering diberikan kepadanya sejak dahulu lagi.

Ada beberapa tawaran yang datang terpaksa ditapis memandangkan dia perlu meninggalkan anak di rumah sekiranya ke lokasi penggambaran.

“Saya sebenarnya teringin watak sebagai ustazah. Bagi saya ia sesuatu yang cukup menarik dan pasti penonton juga teruja nak tengok saya bawa watak sedemikian.

“Kalau kebanyakan pelakon wanita mahukan watak yang perlu tampil cantik atau anak orang kaya, apa salahnya saya cuba tampilkan kelainan dengan watak sebegini,” katanya berterus terang.

Zarina menjelaskan perkara berkenaan ketika ditemui sempena pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa pada Rabu.

Bercerita mengenai filem berkenaan pula, dia menerima pelawaan tersebut kerana diarahkan oleh Mawi.

Tanpa berselindung, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui meminati Mawi sejak zaman Akademi Fantasia musim ketiga lagi.

“Sejak AF3 lagi saya dah memang minat dengan Mawi. Jadi, apabila ditawarkan bekalan di bawah arahannya, sudah tentu ia sukar untuk ditolak.

“Lagipun jalan cerita filem ini cukup menarik dan saya terus memberikan persetujuan selepas ditawarkan,” ujarnya.

Filem Hantu Kuat Ketawa akan ditayangkan di saluran Astro First mulai 27 Januari ini.