Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Johor: Sultan Ibrahim perkenan bubar DUN -

PRN Johor: Sultan Ibrahim perkenan bubar DUN

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

“Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022,” titah Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene di sini pada 5 petang.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Pada pertemuan itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor. – BERNAMA