Penjaga stor rugi RM5,500 ‘beli’ motosikal tidak wujud

0
241

IMPIAN seorang penjaga stor sebuah syarikat kurier untuk memiliki sebuah motosikal musnah selepas diperdaya dalam urusan pembelian kenderaan yang dipercayai tidak wujud, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa, 26, bukan sahaja gagal menerima motosikal jenis Yamaha Y125Z yang dibeli malah turut menanggung kerugian RM5,500.

“Mangsa berminat untuk memiliki motosikal tersebut selepas melihat iklan penjualannya melalui laman sosial Facebook.

“Kemudian mangsa menghubungi penjual bernama Firdaus melalui nombor telefon yang tertera pada ilkan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang harga dan cara pembayaran.

“Selepas berbincang, mangsa bersetuju untuk membeli motosikal itu dengan harga RM5,500 dan segera membuat pembayaran sebagai tanda jadi.

“Mangsa membuat bayaran sebanyak dua kali melalui mesin deposit tunai di cawangan sebuah bank di Kuantan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Wazir berkata, selepas bayaran dibuat, mangsa menghubungi penjual namun lelaki itu gagal dihubungi.

“Mangsa curiga dan syak telah ditipu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam dan kes dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here