Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu van maut terbabas rempuh pokok -

Pemandu van maut terbabas rempuh pokok

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas van dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Batu 11 Jalan Pantai Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak pada pukul 6.15 pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Tarmizi Mohd. Tajudin, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Kurau ke Tanjung Piandang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mazuki, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

“Punca nahas adalah hilang kawalan dan terbabas sendiri,” ujarnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.