MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon rakyat mendoakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dikatakan dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN).
“Bersama kita doakan agar Allah sentiasa melindungi negarawan kita, @chedetofficial. We love u TUN M,” kata Faizal di Twitternya.
Sementara itu portal Malaysiakini melaporkan, Pembantu Dr Mahathir berjanji akan mengeluarkan penjelasan tidak lama lagi di tengah-tengah desas-desus bekas Perdana Menteri itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk kali ketiga dalam sebulan.
Pihak media telah meminta penjelasan daripada pejabat Dr Mahathir tetapi Ketua Komunikasinya, Sufi Yusof, memetik sensitiviti berkenaan isu itu dan berkata kenyataan akan dikeluarkan apabila keadaan mengizinkan.
“Terima kasih kerana memahami. Dan saya rasa kita semua telah bekerja dengan baik untuk memahami antara satu sama lain,” kata Sufi kepada pemberita dalam kumpulan akhbar Mahathir di WhatsApp. Bagi pihak kami buat masa ini kami dikawal oleh sensitiviti serta isu persetujuan dan bidang kuasa.
“Saya melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu itu supaya kita dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat mengenai situasi tersebut. Jadi bersabarlah sebentar sehingga kami dapat menyelesaikannya. Apa sahaja yang berada dalam bidang kuasa saya, saya akan membalas secepat yang saya mampu,” katanya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.