Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Abang Ali Semboyan Malaysia meninggal dunia -

Abang Ali Semboyan Malaysia meninggal dunia

Aktivis pengguna, Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.

Arwah difahamkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pagoh, Johor.

Gambar motosikal berkuasa tinggi milik Allahyarham yang berada dalam keadaan remuk ekoran terlibat dalam kemalangan turut tular dalam kumpulan Whastapp hari ini.

Abang Ali yang sentiasa dikenali dengan raut wajah yang tegas, merupakan salah seorang individu penting yang memperjuangkan isu rakyat menerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kini bersama Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan).

Dalam pada itu, Allahyarham sentiasa dilihat bersama-sama dengan Pengerusi Semboyan, Yusuf Azmi dalam memperjuangkan hak pengguna di negara ini.

Tinjauan ke akaun Facebook rasmi Yusuf Azmi, beliau berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya sekitar jam 2 petang hari ini, selain memaklumkan dalam perjalan ke Hospital Muar, Johor bagi menuntut dan memandikan jenazah Abang Ali.

“Mohon maaf, saya tidak dapat jawab sebarang panggilan. Saya Yusuf Azmi mohon doa saudara-saudari semua bermurah hati sedekahkan surah Al-Fatihah buat Allahyarham Ali Bin Salimin (Abg Ali).

“Semoga arwah tenang bersemadi dan ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.. Amin ya rabbal a’lamin,” katanya dalam hantaran berkenaan.–SB