Tempoh suntikan antara vaksin dipercepat mungkin akibatkan gejala tidak diingini

0
327

SEORANG pakar virus memberi amaran suntikan vaksin Covid-19 yang berterusan boleh mengakibatkan gejala tidak diingini jika diberikan terlalu awal dari tempoh waktu yang disarankan,
Menurut agensi berita Thailand (TNA), Prof. Dr. Yong Poovorawan, ketua Pusat Kecemerlangan Virologi Klinikal di Universiti Chulalongkorn, berkata demikian menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas ramai bertanya mengenai dos vaksin Covid-19 yang tepat dan sesetengah daripada mereka mengakui telah menerima lima suntikan vaksin Covid-19 yang terdiri daripada dua suntikan pertama vaksin Sinovac, diikuti satu suntikan AstraZeneca dan dua suntikan Moderna.

Bagi memastikan mereka mudah faham, Poovorawan menggunakan perumpamaan vaksinasi yang betul seperti mengisi penuh sebiji gelas dengan air.

Bagi menghadapi Covid-19, orang ramai harus bermula dengan dua suntikan awal, diikuti dengan suntikan penggalak, dan itu menjadikan satu gelas air yang penuh, katanya.

Suntikan dos keempat dan kelima dalam masa yang singkat akan menyebabkan air “melimpah”, katanya. 

Beliau mengesyorkan dos keempat harus diberikan dalam tempoh 3-6 bulan selepas individu berkenaan menerima suntikan ketiga.

Sementara itu, vaksin yang sangat berkesan seperti mRNA harus disuntik dalam tempoh enam bulan selepas suntikan sebelumnya. 
Meskipun individu tidak terlebih dos vaksin, mereka boleh mengalami gejala yang tidak diingini, kata Poovorawan. – Bernama
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here