Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peminat badminton negara berang Zii Jia digantung dua tahun -

Peminat badminton negara berang Zii Jia digantung dua tahun

KEPUTUSAN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggangtung pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia daripada menyertai kejohanan antarabangsa bagi tempoh dua tahun menimbulkan keberangan dalam kalangan peminat badminton negara.

Baca berita berkaitan: Lee Zii Jia digantung dua tahun

Keberangan mereka jelas kelihatan di media sosial sebaik sahaja keputusan itu diumumkan oleh badan induk badminton negara itu.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Merong Mahawangsa menyatakan walaupun Zii Jia tidak bermain di bawah BAM, beliau tetap pemain badminton profesional yang bermain untuk negara dan berhak meneruskan legasinya.

Selain itu, ada juga yang turut mempersoalkan kenapa Zii Jia digantung sedangkan beliau keluar dengan cara baik.

“Apesal nampak sangat busuk hati BAM ni, bukan ke dia keluar dari BAM dengan cara baik,

“Lepas tu nak gantung pula. Ada terikat kontrak ke apa lagi,” kata Wan Sallehuddin.

Seorang lagi pengguna Facebook, Adam Mikhail Subki turut mempersoalkan keputusan BAM yang menggantung Zii Jia selama 2 tahun.

“Apa gantungkan sampai 2 tahun… yang bunuh karier dia kenapa?

“Memang cetek la pemikiran BAM ni, sepatutnya tunjukkan tauladan yang baik kepada pemain-pemain yang lain bahawa BAM sentiasa ambil berat hal pemain,” ujarnya.

Sebelum ini, Lee Zii Jia memberikan alasan yang dia tidak tahan dengan tekanan diterimanya sebagai pemain perseorangan lelaki nombor satu negara sekali gus telah membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). – SB