Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mahkamah Majistret keluar perintah larangan berhimpun di tiga lokasi bermula esok -

Mahkamah Majistret keluar perintah larangan berhimpun di tiga lokasi bermula esok

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melarang mana-mana pihak mengadakan perhimpunan di tiga lokasi melibatkan Dataran Merdeka, Kompleks Sogo dan Masjid Jamek, di Kuala Lumpur mulai pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perintah itu dikeluarkan pada Khamis berikutan terdapat laporan mengatakan satu perhimpunan akan diadakan di ibu negara.

Beliau berkata, perintah itu berkuat kuasa selama seminggu dan polis tidak menerima sebarang notis permohonan bagi mengadakan perhimpunan itu daripada mana-mana pihak mahupun penganjur perhimpunan terbabit.

BACA BERITA BERKAITAN: http://bit.ly/dilarangberhimpunSABTU

“Perhimpunan dilaporkan diadakan esok jelas melanggar undang-undang Peraturan 9 (Larangan Berarak) dan 10 (Kawalan Berhimpun) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Menurutnya, sejumlah 1,010 anggota polis akan ditempatkan di sekitar ibu negara bagi menjalankan tindakan pematuhan prosedur operasi standard, selain mengawasi keadaan.
 
Noor Dellhan berkata, sehubungan itu, enam jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan dilencongkan bermula 7 pagi Sabtu.
 
Sebelum ini media melaporkan bahawa satu perhimpunan akan diadakan oleh pihak tertentu bagi menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki meletakkan jawatan. — Bernama