Khairuddin digugur berkait masalah disiplin – Hadi

0
336

WALAUPUN tidak menyatakan dengan terperinci namun hari ini Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akhirnya ‘mendedahkan’ punca Datuk Mohd Khairuiddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas.

Bercakap kepada wartawan selepas menyampaikan kuliha Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Abdul Hadi menjelaskan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkait dengan masalah disiplin dan perkara dalaman parti.

“Itu disiplin perkara dalaman parti untuk ahli-ahli parti sahaja tidak perlu dan sehingga ini, saya mendapat maklumat daripada akar umbi 99.9 peratus berpuas hati itu adalah pandangan terpencil,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ketika ditanya sama ada pengguguran itu berkaitan dengan Muafakat Nasional (MN), Abdul Hadi menegaskan ia berkaitan dengan disiplin.

“Tunggulah dan disiplin itu bukan semua … dia belum dipecat dan digugurkan sahaja sebelum ini, sudah ada nasihat, sudah ada tindakan awal dan kemudian gugur daripada AJK Pusat itu dan kita tengoklah susulannya kelak,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan, pengguguran Mohd Khairuddin juga tidak akan menjejaskan parti dan sehingga kini, Pas masih dapat berjalan seperti biasa.

“Tiada perpecahan, tiada. Kita pernah mengalami lebih besar dari itu, krisis Pas pada 1979, menyaksikan ahli Pas beramai-ramai meletakkan jawatan. Pas, waktu itu tidak terjejas dan bangkit semula untuk menawan balik Kelantan,” katanya.

Abdul Hadi menegaskan, pengguguran Mohd Khairuddin juga tidak akan menjejaskan parti dan sehingga kini, Pas masih dapat berjalan seperti biasa.

“Tiada perpecahan, tiada. Kita pernah mengalami lebih besar dari itu, krisis Pas pada 1979, menyaksikan ahli Pas beramai-ramai meletakkan jawatan. Pas, waktu itu tidak terjejas dan bangkit semula untuk menawan balik Kelantan,” katanya.

WartaRakyat hari ini melaporkan Mursyidul Am PAs, Datuk Hashiam Jasin berkata, kedudukan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas sama sekali tidak terjejas biarpun bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu telah digugurkan daripada AJK Pas Pusat, baru-baru ini.

Malah menurut beliau, isu mengenai jawatan disandang Mohd. Khairuddin dalam Majlis Syura Ulama itu juga langsung tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Majlis Syura Ulama selepas beliau digugurkan daripada AJK Pas Pusat.

“Mohd. Khairuddin masih kekal sebagai Setiausaha Majlis Syura kerana beliau hanya digugurkan sebagai AJK Pas Pusat. Itu tidak mengganggu tugasnya di Majlis Syura Ulama.

“Kalau disingkir dari parti, waktu itu automatik beliau bukan lagi Setiausaha Majlis Syura Ulama. Dalam keadaan sekarang, beliau masih Setiausaha Majlis Syura Ulama malah kami juga tidak pernah membincangkan mengenai jawatan disandangnya itu,” katanya kepada Warta Rakyat ketika dihubungi, semalam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here