Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Atlet digugurkan masih boleh wakil negara, berlatih di MSN - Ahmad Faizal -

Atlet digugurkan masih boleh wakil negara, berlatih di MSN – Ahmad Faizal

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan masih berpeluang mewakili negara di kejohanan antarabangsa.

Ahmad Faizal berkata, pengguguran itu juga tidak bermakna mereka dilarang menjalani latihan di venue dan fasiliti milik Majlis Sukan Negara (MSN) di seluruh negara dalam meningkatkan prestasi masing-masing.

“Cuma kita tidak meletakkan mereka di bawah Program Podium, seperti sebuah akademi yang kita jaga di bawah satu bumbung. Itu perkara yang perlu difahami semua,” katanya dalam program Inklusif terbitan TV1, malam ini.

Beliau turut menangkis dakwaan bahawa Program Podium di bawah MSN itu dihentikan.

Katanya, Kementerian Kewangan berpandangan perbelanjaan negara perlu diutamakan ke arah proses pemulihan pasca pandemik COVID-19, dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima pandangan itu.

“Walaupun (penurunan) daripada lebih kurang RM40 juta yang telah diperuntukkan tahun lepas kepada kosong, tetapi kami di KBS telah mencari jalan, dan kami dapat mengumpulkan dana RM17 juta untuk meneruskan Program Podium demi kelangsungan atlet berprestasi tinggi kita,” katanya.

MSN sebelum ini menggugurkan 144 atlet kebangsaan dan hanya mengekalkan 293 atlet (248 normal, 45 para) bagi tahun ini, selain mengurangkan elaun latihan.

Menyentuh mengenai pengurangan dana terhadap program penyediaan atlet, Ahmad Faizal berkata jumlah jurulatih serta ahli fisoterapi disediakan kepada seseorang atlet dan jumlah kejohanan adalah aspek yang terpaksa dikompromi.

“Sebelum ini kita boleh bermewah seorang atlet kita bekalkan dengan seorang jurulatih dan ahli fisioterapi bergaji tetap, dengan pemakanan tahap terbaik dan boleh hantar ke semua kejohanan. Sekarang kita kurangkan, seorang jurulatih serta ahli fisioterapi untuk menjaga beberapa atlet dan kejohanan yang terpilih saja kita hantar,” katanya– BERNAMA