Disiplin kunci utama kejayaan Fasha Sandha bertahan

0
498

BERDISIPLIN dan mematuhi masa, itu kunci utama yang dipegang oleh Fasha Sandha sejak menjadi anak seni kira-kira 16 tahun yang lalu.

Dalam tempoh masa berkenaan, dia bukan sahaja berjaya membawa namanya untuk berada di papan atas, tetapi juga rezekinya dalam bidang ini tidak pernah putus sama sekali.

Baginya untuk menjadi manusia yang berdisiplin bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Dia biasanya memulakan setiap hari pada waktu Subuh bagi memudahkan merencanakan harinya.

“Sejak dahulu lagi saya memang bangun pagi untuk memulakan hari baharu. Rutin sebagai isteri, ibu dan anak seni perlu dilakukan setiap pagi.

“Saya selalu pesan pada orang keliling agar menjadikan perkara tersebut benda biasa. Tak bagus tak apa tapi kena ada usaha untuk memperbaiki kelemahan sendiri.

“Disiplin dan komitmen kerja memang perkara yang saya tak akan kompromi” katanya mendedahkan rahsia bertahan lama dalam industri.

Tambahnya lagi, sebagai manusia kita perlu belajar banyak perkara baharu dan menggilap bakat diri.

Proses tersebut perlu berterusan memandangkan itu juga merupakan antara kunci mengapa seseorang itu mampu bertahan lama di dalam industri.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya pulak Fasha gembira apabila dilantik sebagai duta produk C Gebu Glow baru-baru ini.

Jelasnya dia menerima pelawaan tersebut kerana percaya kepada keberkesanan produk dan semangat juang pengasas yang mahu membantu golongan wanita dan suri rumah menambah pendapatan.

“Saya mudah rapuh dan dalam bab begini. Produk ini bagus dan dapat membantu orang lain juga dalam mencari rezeki, mengapa saya tak bantu.

“Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja. Saya mahu membantu mereka bangkit semula dan menyokong seratus peratus niat murni ini,” tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here