SEHINGGA tengah malam tadi, sebanyak 13 kes kematian direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat jangkitan Covid-19.
Statistik terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini sebanyak 31,831 orang, daripada 2.8 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Berdasarkan data KKM di portal COVIDNOW, tiga kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Untuk rekod, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 41,129 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 34,253 individu atau 83.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,989 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Sebanyak 2,725 kes dirawat di hospital dan 162 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 86 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 76 lagi memerlukan mesin ventilator. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.