Polis rampas rokok, minuman keras bernilai hampir RM300,000

PASUKAN Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Kuching merampas rokok serta minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai diseludup dan dianggarkan bernilai RM292,142 dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Serian, Sarawak, semalam.

Menurut jurucakap PPMW5 Kuching, serbuan jam 12.15 tengah hari itu dilakukan hasil risikan dan maklumat orang ramai.

Katanya, siasatan mendapati penjaga premis gagal mengemukakan sebarang dokumen rasmi berkaitan pemilikan minuman keras dan rokok berkenaan.

Hasil semakan turut mendapati minuman keras dan rokok terbabit tidak bercukai kastam.

Berikutan itu, semua barangan dirampas dan penjaga premis ditahan bagi membantu dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – SB