Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Laporan Ketua Audit Negara boleh diguna dalam rayuan kes Taman Rimba Kiara -

Laporan Ketua Audit Negara boleh diguna dalam rayuan kes Taman Rimba Kiara

PENDUDUK Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dibenarkan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 dan tambahan Rancangan Bandaraya Kuala Lumpur dalam rayuan yang dikemukakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan empat yang lain untuk mengembalikan semula cadangan perintah pembangunan projek Taman Rimba Kiara.

Ia berikutan keputusan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Datuk Nallini Pathmanathan dalam memutuskan dokumen yang diminta oleh penduduk TTDI adalah dokumen awam di bawah Akta Keterangan dan boleh diterima.

Bagaimanapun, beliau berkata isu mengenai kerelevanan dokumen itu akan ditangani pada pendengaran rayuan tersebut.

Tambahnya, peguam yang mewakili pihak-pihak dalam rayuan itu bebas untuk menyangkal dokumen berkenaan.

Sementara itu, Hakim Nallini yang bersidang bersama Hakim Puan Sri Zaleha Yusof dan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang berkata, dokumen itu dimasukkan dalam rekod rayuan dan oleh itu penduduk tidak perlu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi mengemukakan dokumen tersebut sebagai bukti baharu dalam rayuan tersebut.

Pada 27 Januari 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mary Lim Thiam Suan (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) telah membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh DBKL bagi tujuan pembangunan projek perumahan di Taman Rimba Kiara.

Namun, DBKL dan tiga lagi panel hakim Mahkamah Persekutuan memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan perintah pembangunan projek perumahan Taman Rimba Kiara.