Covid-19: Kes baharu di Mexico hampir 50,000 sehari

0
207

PENINGKATAN harian kes COVID-19 yang disahkan di Mexico mencatat rekod baharu sejak ia bermula, iaitu sebanyak 49,343 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Sputnik.

Menurut statistik terkini Sekretariat Kesihatan Mexico, angka jangkitan COVID-19 sejak permulaan pandemik mencecah 4,434,758, dengan peningkatan harian sebanyak 49,343 kes, dan 306,212 orang kini masih belum pulih.

Sebanyak 320 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi semalam, dan 301,789 meninggal dunia sejak ia bermula pada Mac 2020. – Bernama
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here