[VIDEO] Pelbagai pihak harap Sultan Johor tangguh PRN Johor

0
629

PELBAGAI pihak berharap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dapat memainkan peranan bagi menghentikan tindakan rakus sesetengah pemimpin di negeri itu yang mahu mengadakan PRN dalam keadaan rakyat masih dihimpit pelbagai kesusahan termasuk bencana banjir.

Sebagai Sultan yang dekat dengan rakyat, mereka yakin Sultan Johor memahami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan pelbagai masalah termasuk ancaman varian baharu Covid-19 Omricon pada masa ini.

Naib Presiden Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), Najmuddin Mahmood

Naib Presiden Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), Najmuddin Mahmood berkata, Sultan Johor tidak akan sama sekali membiarkan mereka yang di bawah naungan Baginda berada dalam kesusahan akibat kerakusan ahli-ahli politik mengejar kuasa

“Saya rasa kalau rakyat bersuara, Tuanku mesti dengar suara rakyat sebab Baginda adalah pemimpin yang saksama dan tidak memihak kepada ahli politik yang rakus,” katanya kepada SatuBerita ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menambah, malah sebelum ini Sultan Johor pernah menegur Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor supaya mengutamakan kebajikan rakyat daripada agenda politik sempit.

“Teguran Baginda itu benar dan tepat kerana ahli politik tidak sepatutnya pentingkan diri. Mereka wakil rakyat bukannya wakil parti politik.” tambahnya.

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak yang cuba untuk mendesak supaya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam waktu terdekat.

Desas-desus itu semakin bertiup kencang ekoran kematian ADUN Kempas yang juga bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, 70, bulan lalu yang menyaksikan kerajaan Johor kini hanya memiliki kelebihan satu kerusi.

Baca berita berkaitan: Kalau ‘gentleman’, tunggu PRU kata penganalisis kepada pendesak PRN Johor
Baca berita berkaitan: PRN Johor bukan sesuatu mendesak, kebajikan rakyat lebih utama – NGO
Baca berita berkaitan: Amanah ancam tarik sokongan terhadap PM jika PRN Johor diteruskan

Penganalisis Politik, Mujibu Abd. Muis

Sementara itu Penganalisis Politik, Mujibu Abd. Muis berkata, Sultan Johor boleh menasihati pemimpin negeri jika mereka bertegas mahu mengadakan PRN.

“Buat sementara waktu, mungkin Tuanku Sultan boleh pertimbangkan untuk tangguh. Kalau kita tengok apa yang berlaku di Melaka, kurang jumlah pengundi yang turun mengundi, itulah yang boleh juga berlaku di negeri Johor,” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Pensyarah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menambah, dengan pelbagai masalah yang menghimpit rakyat pada masa ini, sentimen dan mood rakyat dalam konteks untuk berpolitik berada di tahap yang paling rendah.

“Saya berharap Tuanku Sultan menghalang pilihanraya berlaku, kita masih lagi dalam keadaan tidak berapa stabil,” ujarnya.

Penganalisis Politik dan Media Sosial UiTM, Prof. Madya Dr. Sara Chinnasamy

Pandangan sama turut disuarakan Penganalisis Politik dan Media Sosial UiTM, Prof. Madya Dr. Sara Chinnasamy yang berpendapat segala keputusan untuk mengadakan atau tidak PRN harus mendapat perkenan daripada Sultan Johor.

“Ini urusan kerajaan negeri Johor, jadi serahkan kepada Baginda (untuk buat keputusan),” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Sara Chinnasamy berkata, ketika ini, tidak ada keperluan untuk PRN dilaksanakan dan rakyat semakin penat dengan karenah suasana politik tanah air yang tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka.

“Letih rakyat dengan politik macam ini, selagi bergabung ada sahaja yang tidak puas hati mana-mana, cukup dahulu tunggu sahaja Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here