Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia, Asia mempunyai masa depan amat cerah di era pasca Covid-19 - Muhyiddin -

Malaysia, Asia mempunyai masa depan amat cerah di era pasca Covid-19 – Muhyiddin

WALAUPUN usaha menentang pandemik Covid-19 boleh dianggap satu peperangan yang besar, Malaysia yakin perjuangan itu akan akan membawa negara kepada pemulihan yang amat hebat

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu temu bual eksklusif dengan portal Arab Saudi, The National News berkata, beliau mempunyai keyakinan tinggi bahawa masa depan yang lebih cemerlang bakal dikecapi Malaysia pada era pasca pandemik.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kekuatan Malaysia dalam menentang pandemik tersebut adalah hubungan dan kerjasama erat yang diadakan negara dengan rakan-rakan dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang membolehkan perkongsian maklumat, kolaborasi dan kejayaan rawatan Covid-19 dikongsikan sesama mereka.

Beliau menjelaskan, pandemik tersebut memerlukan keputusan keputusan yang pantas diambil dengan penuh keyakinan bagi mengimbangi pemeliharaan nyawa dengan keselamatan ekonomi di waktu yang tidak menentu.

MUHYIDDIN Yassin ketika wawancara eksklusif bersama portal berita Arab Saudi, The National. – Foto VICTOR BESA /THE NATIONAL

“Setiap negara mempunyai idea tersendiri dalam menguruskan pandemik berdasarkan pengalaman masing-masing dan dalam kes Malaysia saya mengambil keputusan untuk laksanakan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara.

“Itu merupakan satu keputusan drastik tetapi penting untuk menyelamatkan rakyat walaupun ia mengakibatkan Malaysia kerugian RM2.6 billion sehari dan boleh melumpuhkan ekonomi. Keputusan keputusan seperti inilah yang terpaksa dibuat demi kepentingan dan nyawa rakyat,” jelas beliau.

Muhyiddin selanjutnya berkata, Malaysia sedang beralih daripada fasa pandemik ke endemik dan negara sedang bergerak dengan waspada ke era norma baharu.

Hasilnya, walaupun seluruh dunia mencatatkan peningkatan ketara jangkitan virus Omicron pada 12 Januari, Malaysia hanya mencatatkan sebanyak 3,198 kes jangkitan Covid-19 yang baharu hasil daripada langkah-langkah drastik yang telah diambil dan juga kempen program vaksinasi yang berkesan.

SEBUAH keluarga sedang bersiar-siar di ibu kota selepas perintah kawalan pergerakan dimansuhkan hasil dari kejayaan Malaysia melawan Covid-19. – Foto EPA

Sehingga setakat ini, seramai 25.7 juta (79 peratus) daripada 32.3 juta rakyat Malaysia telah divaksin sepenuhnya.

Kesemua itu, tambah Muhyiddin, digabungkan dengan penggunaan teknologi seperti aplikasi MySejahtera dan pelaksanaan Protokol Operasi Piawai (SOP) telah membolehkan aktiviti-aktiviti ekonomi dan juga sosial dijalankan semula.

Kejayaan ini telah membuka kembali lorong untuk Malaysia mendapatkan tapaknya semula dalam perjalanan untuk sekali lagi menjadi kuasa ekonomi di Asia, kata Muhyiddin.

“Walaupun Omicron membawa cabaran baharu kepada sistem kesihatan sedia ada, Malaysia tetap menitikberatkan pemulihan bukan sahaja sebagai sebuah negara tetapi juga sebagai sebuah rantau.

“Persoalannya kini bagaimana caranya untuk Malaysia menggunakan platform sedia ada untuk melonjakkan Asia ke tahap yang lebih tinggi dalam senarai negara maju berbanding tahun 2019?” kata Muhyiddin.

Muhidin dalam menutup bicaranya berkata, apa yang berlaku ketika ini mungkin satu rahmat yang tersembunyi yang boleh digunakan oleh negara-negara di Asia untuk mengangkat statusnya menggunakan ekonomi digital yang baharu dan mengkaji semula fungsi bank masing-masing.

“Ini mungkin kelihatan seperti satu cita-cita yang terlalu besar namun ia juga boleh menjadisatu rahmat,” katanya. – SB