Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Djokovic terlepas peluang bermain di Terbuka Australia -

Djokovic terlepas peluang bermain di Terbuka Australia

 BINTANG tenis dari Serbia Novak Djokovic terlepas peluang bermain di Terbuka Australia apabila mahkamah Australia menolak rayuannya terhadap perintah pengusiran dari negara itu, menurut media tempatan pada Ahad.

Mahkamah Persekutuan dengan panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara terhadap Djokovic pada Ahad, selepas mendengar sabitan kesnya, Agensi Anadolu (AA) memetik Australian ABC News.

Djokovic ditahan pada Sabtu selepas pegawai Australia membatalkan visanya buat kali kedua.

“Hari ini, saya menggunakan kuasa saya di bawah seksyen 133C(3) Akta Migrasi untuk membatalkan visa yang dipegang Novak Djokovic atas alasan kesihatan dan ketenteraman, atas dasar kepentingan awam untuk berbuat demikian,” Menteri Imigresen Alex Hawke pada Jumaat.

Pada 4 Januari, Djokovic, berkata beliau telah diberi pengecualian daripada menerima suntikan vaksin COVID-19, tetapi Pasukan Sempadan Australia bertindak membatalkan visanya kerana gagal memenuhi syarat kemasukan berkaitan COVID-19.

Sebelum ini pemain nombor satu dunia itu dihantar ke hotel tahanan imigresen di Melbourne, tetapi mahkamah persekutuan memerintahkan beliau dibebaskan.
Australia mewajibkan semua pemain yang bersaing dalam kejohanan tenis itu melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, namanya tersenarai dalam cabutan rasmi saingan Terbuka Australia pada Khamis. – Bernama