Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amanah ancam tarik sokongan terhadap PM jika PRN Johor diteruskan -

Amanah ancam tarik sokongan terhadap PM jika PRN Johor diteruskan

PARTI Amanah Negara pada Sabtu memberi amaran akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri sekiranya pilihan Raya negeri PRN (PRN) Johor diteruskan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika menyuarakan amaran itu berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk menarik balik sokongannya terhadap memorandum persefahaman (MoU) kerjasama dua parti antara Pakatan Harapan dan kerajaan sekiranya PRN diadakan.

“Situasi hari ini tidak sesuai untuk rakyat melalui PRN, lebih-lebih lagi isu banjir masih belum selesai dan penularan wabak Covid-19 yang berterusan.

“Mereka (kerajaan) perlu memikirkan rakyat secara serius. Jika mereka membubarkan DUN secara melulu, di Johor dan kemudian di Perak atau negeri lain, maka saya boleh menarik balik sokongan saya terhadap MoU yang kita berikan selama ini,” katanya kepada The Star.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Adun Simpang Jeram berkata, Pakatan Harapan Johor telah menyokong kerajaan negeri walaupun berstatus majoriti satu kerusi.

“Kami sangat bekerjasama dan menyokong kerajaan negeri demi kepentingan rakyat. Kami melangkaui politik.

“Jadi, apa tujuan dibuatnya (PRN) lebih awal?” tambahnya.

Spekulasi PRN akan diadakan di Johor rancak diperkatakan selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Osman Sapian bulan lepas.

Kerajaan Perikatan Nasional di Johor ketika ini memegang negeri itu dengan majoriti satu kerusi, hanya 28 kerusi berbanding Pakatan Harapan 27 kerusi, manakala satu kerusi kosong selepas pemergian ADUN Kempas.

Ketika ini kerajaan negeri terdiri daripada UMNO (14), MIC (dua), PAS (satu) dan Bersatu (11) manakala pembangkang terdiri daripada DAP (14), Amanah (enam) dan PKR (tujuh). – SB