3,074 kes baharu Covid-19

JANGKITAN baharu Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan kepada 3,074 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,805,337 kes.

Berdasarkan perbandingan, kes harian semalam mencatatkan sebanyak 3,346 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow. 

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 22,901,050 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. – SB