Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Khairuddin Aman Razali digugur daripada AJK Pas Pusat -

Khairuddin Aman Razali digugur daripada AJK Pas Pusat

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan daripada menganggotai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023.

Perkara itu disahkan oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila, Marang pada Jumaat.

“Itu (digugurkan) biasa dalam parti… tak terpilih dalam muktamar, diberhentikan, ditukarkan (jawatan) itu biasalah. Dalam parti, ada Lembaga Disiplin.

“Siapa yang tak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan untuk ditukar jawatannya, bertugas lain, boleh digantung keahlian dan boleh dipecat, banyak alasan, itu tatacara dalam parti kita,” katanya.

Difahamkan pengguguran Mohd Khairuddin itu dimuktamadkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung di Kuala Lumpur Rabu lepas.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu gagal mempertahankan jawatan sebagai AJK PAS Pusat bagi sesi 2021-2023 yang berlangsung pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 di Duyong Marina Resort, Kuala Nerus, 7 Nov tahun lepas.

Bagaimanapun beliau dilantik semula sebagai AJK PAS Pusat bersama dua pemimpin lain iaitu Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

— BERNAMA