[VIDEO] Gempa bumi magnitud 6.7 gegarkan kepulauan Jawa

0
411

GEMPA bumi kuat berukuran magnitud 6.7 pada skala Richter dikesan di barat daya pulau Jawa di Indonesia tengah hari Jumaat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa bumi berpusat di luar pesisir Provinsi Banten itu tidak berpotensi mengakibatkan tsunami.

Gegaran itu turut dirasai di ibu kota Jakarta sehingga mengakibatkan orang ramai keluar meninggalkan bangunan.

Media tempatan melaporkan, penduduk Jakarta diarah mengosongkan bangunan dan ratusan terus menunggu di kawasan terbuka selepas gegaran berkurangan.

Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) turut mengesahkan bahawa gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 37 kilometer.

Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di ‘Lingkaran Api Pasifik’, kawasan yang kerap mengalami aktiviti seismik yang ketara apabila berlaku perlagaan plet tektonik dari Jepun merentasi Asia Tenggara sehingga ke Lembangan Pasifik. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here