Omicron bahaya terutama bagi individu tidak divaksin – WHO

WALAUPUN varian Omicron tidak memberikan dan seteruk Delta, ia masih merbahaya.

Justeru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian Omicron adalah berbahaya terutama bagi mereka yang belum menerima vaksin.

Menurut pertubuhan itu, lonjakan kes di seluruh dunia yang yang sedang berlaku pada ketika ini berpunca daripada sifat Omicron yang lebih mudah menular berbanding varian Delta yang dominan sebelum ini.

Setakat minggu lepas, WHO twlah menerima lebih dariPafa 15 juta kes varian itu namun jutaan kes lagi dianggap masih tidak direkodkan.

Agensi kesihatan PBB itu turut berkata, orang ramai tidak patut menyerah kalah terhadap usaha menangani varian itu, sambil menolak tanggapan bahawa varian itu mungkin boleh menjadi cara yang dialu-alukan untuk menamatkan wabak itu.

“Walaupun Omicron menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding Delta, ia kekal sebagai varian virus berbahaya – terutamanya bagi mereka yang tidak divaksinasi.

“Kita tidak boleh membenarkan virus ini bebas atau angkat bendera putih, terutama ketika begitu ramai orang di seluruh dunia masih tidak divaksinas,” kata Pengerusi WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar di ibu pejabat agensi berkenaan di Geneva, Switzerland pada Rabu.

Menurut Ghebreyesus, “majoriti besar” orang yang dimasukkan ke hospital adalah mereka tidak disuntik vaksinasi.

Beliau turut berkata walaupun vaksin sangat berkesan dalam mencegah kematian dan penyakit Covid-19 yang teruk, namun ia tidak menghalang penularan wabak itu.

“Lebih banyak penularan bermakna lebih banyak kemasukan ke hospital, lebih banyak kematian, lebih ramai orang tidak bekerja – termasuk guru dan pekerja kesihatan – dan lebih banyak risiko varian lain muncul yang lebih mudah ditularkan dan lebih bahaya daripada Omicron.”

Ghebreyesus turut menambah berkata bahawa jumlah kematian di seluruh dunia telah stabil sekitar 50,000 seminggu.

“Belajar untuk hidup dengan virus ini tidak bermakna kita boleh, atau harus, menerima jumlah kematian,” katanya. – AGENSI