Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Johor kekalkan SOP solat jarak setengah meter -

Johor kekalkan SOP solat jarak setengah meter

JOHOR akan terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dengan jarak satu setengah meter meskipun terdapat penularan Covid-19 di sebuah masjid, di negeri itu baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, kes yang melibatkan kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana tersebut tidak akan mengubah SOP itu yang baharu berkuat kuasa 7 Januari lepas.

“Setakat ini kami kekalkan jarak setengah meter di masjid walaupun ada kes di Pulai Perdana.

“Ia tidak berkait rapat dan tiada sebarang arahan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (berhubung SOP solat). Jadi kami kekalkan jarak setengah meter,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Misi Bantuan Pascabanjir, di Johor Bahru pada Khamis.

Mengulas lanjut Tosrin berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung 47 kes positif yang dikesan dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana.

“Saya difahamkan kes di Pulai Perdana ini melibatkan jemaah (di Johor) yang baru balik menunaikan umrah. Justeru itu kami akan dapatkan maklumat terperinci daripada KKM,” katanya. – Bernama
 


Comments

Leave a Reply