Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
25 tan al-Quran rosak akibat banjir diterima JAWI sehingga kini -

25 tan al-Quran rosak akibat banjir diterima JAWI sehingga kini

SEBANYAK 25.28 tan metrik al-Quran rosak akibat banjir di beberapa kawasan baru-baru ini diterima Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dilupuskan sehingga kini.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, al-Quran rosak itu diterima daripada individu, sekolah, dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWcorp).

“Insya-Allah, JAWI akan membuat inisiatif kempen sumbangan atau wakaf al-Quran dengan kerjasama masjid dan surau di wilayah-wilayah Persekutuan untuk disumbangkan kepada masjid, surau, sekolah yang ditimpa bencana banjir,” katanya kepada BERNAMA. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAWI Anisah Musa berkata, antara cabaran utama dihadapi dalam mengendalikan al-Quran rosak itu apabila kebanyakan al-Quran yang diterima dalam keadaan basah dan melekat antara satu sama lain.

Katanya, al-Quran basah berkenaan perlu diceraikan satu persatu terlebih dahulu untuk dikeringkan dan ia mengambil masa lama.

“Sebelum ini biasanya abu al-Quran kita letakkan di telaga yang terletak di Darul Kalam ini, tapi disebabkan jumlah al-Quran yang terkena banjir ini banyak, kapasiti telaga kita terhad dan kita ambil keputusan abu kita akan buang ke laut,” katanya. 

Beliau turut meminta orang ramai yang mengambil keputusan melupuskan sendiri al-Quran mereka supaya mengikut cara ditetapkan dalam Islam dengan menjaga adab dan kemuliaan al-Quran atau dihantar ke pusat-pusat pelupusan al-Quran.