DUO Sa.Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Gegar Vaganza 8 (GV8) apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir kali ini.

Menerusi saingan minggu suku akhir tersebut, Sa.Ya memperoleh markah 58.2 peratus sekaligus gagal menempatkan diri mengiringi peserta lain ke separuh akhir.
Dalam konsert yang diadakan pada Ahad itu, mereka gagal memberikan persembahan yang baik menerusi lagu Blues Terengganu Kite yang dipopularkan oleh kumpulan Iklim.

“Kami terima dengan hati terbuka memandangkan ini adat pertandingan. Dalam satu kejayaan ada ada 99 kegagalan.
“Semua ini adalah proses untuk kami belajar dan memberikan inspirasi kepada orang lain,” kata Saiful Apek mewakili Sa.Ya.

Turut berada di tangga kedua terbawah adalah penyanyi Shidee yang membawakan lagu Di Ambang Sore.
Suki Low sekali lagi mendapat markah tertinggi 79.9 peratus. Dia membawakan lagu You Are My Everything dengan begitu baik dan menambat perhatian juri.
Aliff Aziz pula terus konsisten dengan markah 76.8 manakala Aweera membuat kejutan apabila mendapat tempat ketiga minggu ini.
Saingan GV8 menampilkan 100 peratus markah juri di mana Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bertindak selaku juri tetap, manakala Datuk Norman Abdul Halim dan Datuk Mokhzani Ismail pula menjadi juri jemputan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.