Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemanas udara rosak, punca kebakaran menyebabkan 19 maut, termasuk 9 kanak-kanak -

Pemanas udara rosak, punca kebakaran menyebabkan 19 maut, termasuk 9 kanak-kanak

KEBAKARAN besar di sebuah bangunan pangsapuri tinggi di Bronx, yang menyebabkan belasan orang maut, termasuk sembilan kanak-kanak, berpunca daripada kerosakan pemanas udara elektrik, kata pihak berkuasa Bandar Raya New York, Amerika Syarikat.

“Ia nampak berpunca daripada masalah pemanas udara,” lapor Sputnik, memetik kenyataan Datuk Bandar New York City Eric Adams kepada pemberita pada petang Ahad.

Pesuruhjaya Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) Daniel Nigro mengesahkan maklumat itu pada sidang media yang sama.

“Kebakaran bermula di sebuah apartmen dua tingkat di aras dua dan tiga bangunan itu. Ia berpunca daripada kerosakan pemanas udara, sehingga mencetuskan kebakaran di apartmen itu … dan sebahagian daripada lorong laluan; malangnya pintu ke pangsapuri itu dibiarkan terbuka ketika penghuni menyelamatkan diri menyebabkan asap hitam tebal memenuhi bangunan tinggi itu dengan cepat,” jelas Nigro.

Terdahulu, Adams mengesahkan sekurang-kurangnya 19 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, maut dalam kebakaran yang berlaku pada pagi Ahad lepas.

Anggota bomba berkata, lebih 60 orang cedera dalam kebakaran itu, termasuk 32 dengan kecederaan serius yang mengancam nyawa dan sembilan cedera parah.

Menurut FDNY, kebakaran itu antara yang terburuk pernah disaksikan bandar New York pada zaman moden. Siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA