ANGKA jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara pada hari ini turun kepada 2,641 kes berbanding 2,888 kes pada Ahad.
Jumlah kes positif itu menunjukkan penurunan sebanyak 247 kes berbanding jumlah kes positif semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,788,860 kes.
Katanya, maklumat terperinci bagi situasi semasa jangkitan Covid-19 di seluruh negara akan dimuat naik ke laman COVIDNOW.–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.