Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hanya selipar ditemui tepi sungai: Budak dua tahun dikhuatiri lemas -

Hanya selipar ditemui tepi sungai: Budak dua tahun dikhuatiri lemas

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang dan hanya menemukan sepasang seliparnya di tepi sungai di Kampung Sungai Zon Kumareling, Tambunan, Sabah pukul 6 petang semalam.

Selipar itu ditemukan ibu mangsa yang mencari anaknya, Mohammad Syaril di tepi sungai di belakang rumah mereka yang dipercayai lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.53 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda JBPM dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menerusi maklumat awal, mangsa dipercayai hilang di sungai berdasarkan kepada penemuan selipar mangsa di tepi sungai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat berhubung keadaan operasi mencari kanak-kanak terbabit dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Setakat ini, mangsa belum ditemukan dan operasi SAR masih dijalankan,” katanya.