JiKA kebanyakan penyanyi baharu lebih tertumpu kepada irama pop dan balada yang le lebih diminati ramai, anak muda yang satu ini pula bagaikan menongkah arus.
Dia yang memilih irama tradisional sebagai satu kemahuan berharap haluan yang dipilihnya itu mampu membawa namanya mekar mewangi ke dalam industri hiburan tanah air.
Baru sahaja melancarkan lagu Senandung Anak Melaka, irama dah rentak yang digubah khas oleh Siso Kopratasa itu bagaikan kena dengan jiwa mudanya itu.
“Sebaik sahaja saya menerima lagu ini, ada sesuatu yang menarik perhatian memandangkan melodi dan irama yang dipersembahkan sangat menangkap.
“Selepas itu saya ada berbincang dengan komposer mengenai lagu ini. Dia beri kebenaran kepada saya untuk menyanyi dengan cara tersendiri. Maka terhasil lah
Lagu Senandung Anak Melaka ini,” kata Yasser memulakan cerita.

Menariknya ‘haluan’ yang dilalui oleh mereka sebenarnya mengambil semangat untuk memartabatkan budaya dan irama tradisional yang semakin kurang mendapat tempat di hati orang muda.
Cara nyanyian yang lebih santai, irama yang catchy bukan sahaja menangkap telinga sesiapa sahaja yang mendengar tetapi juga menjadi ejen promosi kepada pelancongan.
Siso yang menulis lirik dengan baik berpadu tenaga bersama dengan Fauzi Mohamad yang menggubah melodi. Mereka mahu menggunakan negeri Melaka sebagai asas utama dalam menghasilkan lagu ini.
“Kita tahu Melaka merupakan sebuah kota yang mahsyur sejak dahulu. Sampai sekarang masih banyak tinggalkan sejarah yang menarik perhatian dunia.
“Sebab itu saya berbangga apabila dapat menyanyikan lagu ini. Semoga dengan penghasilan Senandung Anak Melaka dapat memberikan sesuatu kepada semua,” tambah Yasser lagi.
Bagi Siso pula, dia melihat kemampuan dan kebolehan Yasser cukup ‘kena’ dengan lagu tersebut sementelah dia sendiri mempunyai sejumlah pengikut tersendiri.
“Kami harap lagu ini akan diterima baik oleh peminat selain dapat mempromosikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan dan tinggalkan sejarah,” kata Siso ringkas.
Yasser Attak penyambung warisan, lagu Siso Kopratasa jadi pilihan
Jika kebanyakan penyanyi baharu lebih tertumpu kepada irama pop dan balada yang le lebih diminati ramai, anak muda yang satu ini pula bagaikan menongkah arus.
Dia yang memilih irama tradisional sebagai satu kemahuan berharap haluan yang dipilihnya itu mampu membawa namanya mekar mewangi ke dalam industri hiburan tanah air.
Baru sahaja melancarkan lagu Senandung Anak Melaka, irama dah rentak yang digubah khas oleh Siso Kopratasa itu bagaikan kena dengan jiwa mudanya itu.
“Sebaik sahaja saya menerima lagu ini, ada sesuatu yang menarik perhatian memandangkan melodi dan irama yang dipersembahkan sangat menangkap.
“Selepas itu saya ada berbincang dengan komposer mengenai lagu ini. Dia beri kebenaran kepada saya untuk menyanyi dengan cara tersendiri. Maka terhasil lah
Lagu Senandung Anak Melaka ini,” kata Yasser memulakan cerita.
Menariknya ‘haluan’ yang dilalui oleh mereka sebenarnya mengambil semangat untuk memartabatkan budaya dan irama tradisional yang semakin kurang mendapat tempat di hati orang muda.
Cara nyanyian yang lebih santai, irama yang catchy bukan sahaja menangkap telinga sesiapa sahaja yang mendengar tetapi juga menjadi ejen promosi kepada pelancongan.
Siso yang menulis lirik dengan baik berpadu tenaga bersama dengan Fauzi Mohamad yang menggubah melodi. Mereka mahu menggunakan negeri Melaka sebagai asas utama dalam menghasilkan lagu ini.
“Kita tahu Melaka merupakan sebuah kota yang mahsyur sejak dahulu. Sampai sekarang masih banyak tinggalkan sejarah yang menarik perhatian dunia.
“Sebab itu saya berbangga apabila dapat menyanyikan lagu ini. Semoga dengan penghasilan Senandung Anak Melaka dapat memberikan sesuatu kepada semua,” tambah Yasser lagi.
Bagi Siso pula, dia melihat kemampuan dan kebolehan Yasser cukup ‘kena’ dengan lagu tersebut sementelah dia sendiri mempunyai sejumlah pengikut tersendiri.
“Kami harap lagu ini akan diterima baik oleh peminat selain dapat mempromosikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan dan tinggalkan sejarah,” kata Siso ringkas. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.