Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hari pertama sesi persekolahan lancar -

Hari pertama sesi persekolahan lancar

SESI persekolahan penggal ketiga 2021/2022 yang bermula hari ini di empat negeri membabitkan lebih 1.18 juta murid dan pelajar berjalan lancar selain prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan baik.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sesi persekolahan hari ini membabitkan empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor.

Tinjauan KPM di beberapa sekolah di Kelantan mendapati kebanyakan murid dan pelajar teruja untuk ke sekolah selepas sekian lama tidak melalui proses pembelajaran bersemuka, terutama di Kelantan.

“Malah, terdapat pelajar yang tidak memakai pakaian seragam, namun ia tidak menjadi masalah kerana kita membenarkannya.

Kehadiran pelajar hari ini juga memberansangkan namun ada yang tidak hadir atas alasan tertentu termasuk faktor kesihatan,” kata Radzi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail sempena pengoperasian hari pertama sekolah, hari ini.

Dr Radzi turut mengingatkan ibu bapa serta pihak sekolah supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19.

“Untuk isu ketidakhadiran ke sekolah, kita lebih terbuka namun ibu bapa diminta memaklumkan kepada guru kerana kita hanya mahu tahu punca tidak hadir untuk direkodkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Radzi berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan pelaksanaan vaksin membabitkan murid sekolah lebih teratur. – SB