Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saya duda anak empat, tak mahu buang masa - Shuib -

Saya duda anak empat, tak mahu buang masa – Shuib

TIDAK mahu membuang masa memandangkan usia semakin tua membuatkan pelawak Shuib menyerahkan urusan jodoh kepada takdir.

Dia tidak kisah sekiranya bertemu pengganti dalam masa yang singkat meskipun ada suara-suara nakal yang kurang senang dengan tindakannya yang dilihat tergesa-gesa mencari pengganti Allahyarham Siti Sarah.

“Benda paling ditakuti apabila akan ada perbandingan dilakukan oleh segelintir pihak. Arwah isteri lain dan sudah tiada. Kalau ada orang baharu pula, dia kena mulakan ‘buku’ baharu.

“Tak sepatutnya ada perbandingan. Benda-benda macam inilah yang membuatkan saya lebih berhati-hati,” kata Shuib berterus terang.

Dalam pada itu, Shuib tidak menafikan ada mengenali orang baharu namun perkara tersebut masih terlalu baharu untuk dikongsikan.

Jelasnya, hubungan tersebut masih dalam fasa berkawan dan tiada yang serius. Namun segala-galanya masih lagi terlalu awal untuk ditebak ke mana pengakhirannya nanti.

“Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara.

“Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap ‘straight to the point’ jika kalau jumpa calon sesuai.

“Tetapi, jika tidak sesuai, kena cepat-cepat cari yang sesuai. Banyak benda besar berlaku dalam hidup membuatkan saya semakin matang. 

“Sekiranya wanita ini ingin mengenali saya, saya terpaksa gerak dahulu kerana tidak mahu membuang masa,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran hijab Loveta X Anzalna yang diadakan pada Jumaat.

Selain itu, Shuib bersyukur kerana ibunya dan keluarga arwah isterinya faham dengan situasi tersebut.

Dia sudah mendapatkan restu daripada mereka sekiranya mahu mendirikan rumah tangga semula pada masa hadapan.

“Ibu faham dengan keadaan saya. Dia juga faham anak-anak saya perlukan seorang wanita untuk membesar bersama dan minta saya cari isteri untuk mencari pengganti.

“Saya selalu terfikir adakah wanita sudi terima saya yang ada empat cahaya mata?

Apa pun, restu ibu, mentua, keluarga dan anak-anak menjadi keutamaan saya. 

“Jika saya sahaja okay, tetapi keluarga tidak bersetuju, saya tidak akan teruskan.

Saya sebenarnya sudah tidak mahu memikirkan apa yang orang cakap mengenai saya.

“Soal kecaman lantaklah, asalkan saya tidak kacau hidup orang sebab yang menanggungnya saya sendirian,” tambahnya lagi.

Sebagai info, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos yang lalu. Pasangan ini dikurniakan Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.