Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas guru 'kanibal' dipenjara seumur hidup -

Bekas guru ‘kanibal’ dipenjara seumur hidup

by

in

MAHKAMAH di Berlin, Jerman menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki dan memotong mayat mangsa demi merealisasikan fantasi kanibalnya.

Hakim Matthias Schertz ketika membacakan keputusan itu menyifatkan tindakan tertuduh, Stefan R, amat tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, kes seperti itu tidak pernah didengarinya sepanjang berkhidmat sebagai hakim, selama 30 tahun.

Ketika hakim membacakan keputusan, tertuduh hanya mendiamkan diri dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Menurut pendakwa raya, Stefan menghubungi mangsa melalui aplikasi temu janji sebelum ‘mengumpan’ lelaki itu untuk datang ke rumah

Setibanya di sana, mangsa dibius dengan dadah sebelum kerongkongnya dikelar dan alat sulitnya dipotong untuk dimakan.

Mayat mangsa kemudian dipotong dan dibuang di sekitar di daerah Pankow di timur laut Berlin.

Kes itu terbongkar pada November 2020 selepas serpihan tulang manusia ditemui di sebuah taman di kawasan perumahan. – AFP