Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasukan pengaman Rusia dikerah ke Kazakhstan perangi keganasan -

Pasukan pengaman Rusia dikerah ke Kazakhstan perangi keganasan

SEBUAH pakatan ketenteraan yang diketuai Rusia telah mengerahkan pasukan pengaman ke Kazakhstan untuk membantu menstabilkan keadaan negara itu yang sedang dilanda masalah besar.

Pasukan pengaman itu dikerahkan ke Kazakhstan selepas protes besar-besaran yang terjadi mengakibatkan negara bekas Soviet itu berada dalam keadaan huru-hara akibat didalangi campur tangan luar.

Pengerusi Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO), Nikol Pashinyan berkata, pakatan tentera itu akan menghantar pasukan pengaman ke Kazakhstan untuk tempoh masa terhad.

Pashiyan yang juga merupakan Perdana Menteri Armenia turut menjelaskan, penghantaran pasukan pengaman itu adalah bagi memenuhi permintaan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayevhari.

Namun, Pashiyan tidak menyatakan jumlah anggota pasukan pengaman yang dihantar ke negara tersebut.

Sementara itu, Tokayevhari dalam ucapannya meminta bantuan CSTO yang diketuai Rusia, yang merangkumi lima negara bekas Soviet yang lain, untuk memerangi kumpulan pengganas yang mencetuskan tunjuk perasaan itu.

CSTO dianggotai oleh Rusia, Belarus, Armenia, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.

Menurut Tokayevhari, kumpulan pengganas tersebut telah merampas bangunan, infrastruktur dan premis yang menempatkan senjata.

Tambahnya, kumpulan itu juga membawa lima pesawat di lapangan terbang di bandar Almaty malah menyatakan tentera udara Kazakhstan turut terbabit dalam pertempuran berhampiran bandar itu. – SB