PENGEMIS kanak-kanak rohingya yang menjadi igauan pemandu yang berhenti di lampu-lampu isyarat dilaporkan sudah ditahan pihak berkuasa beberapa hari lalu.
Baca berita berkaitan: Kemungkinan penglibatan sindiket isu peminta sedekah Rohingya disiasat– Polis
Baca berita berkaitan: Warga Rohingya minta sedekah secara berbahaya, ganggu orang awam boleh diambil tindakan
Menerusi perkongsian video di laman TikTok @fifi_story07, difahamkan satu operasi bersepadu membabitkan agensi kerajaan dilakukan ekoran aduan orang ramai.
Mereka yang turut dikenali sebagai ‘Long Tiger Kecil’ dalam kalangan netizen, menjadi ‘igauan’ pemandu dan pengguna jalan raya kerana telah mula bertindak agresif ketika meminta sedekah.
“Dengar cerita Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur turun operasi pengemis hari ini. Dapat pengemis di lampu isyarat, depan Perkeso, KLCC dan Ampang Point,” kata pemilik video tersebut di ruangan komen.
Sementara itu, orang ramai di ruangan komen menyatakan rasa puas hati dengan tindakan pantas pihak berkuasa dan berharap mereka dihantar semula ke negara asal dengan kadar segera.
Terdahulu, kanak-kanak yang dipercayai etnik Rohingya tular di media sosial apabila meminta sedekah di persimpangan jalan raya dengan mengetuk cermin tingkap kereta dan seolah-olah mengugut untuk diberikan wang.
Tinjauan SatuBerita di sekitar kawasan kebiasaan mereka meminta sedekah di Kuala Lumpur dan Cheras mendapati orang ramai kurang senang dengan tindakan itu kerana bimbang akan keselamatan peminta sedekah berkenaan serta pengguna jalan raya lain. -SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.