Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dikecam tidak sensitif, netizen kutuk tindakan adik Neelofa -

Dikecam tidak sensitif, netizen kutuk tindakan adik Neelofa

Nama adik kepada Neelofa, Ameera Khan panas apabila ada pihak mendakwa dia merakamkan sedikit sedutan babak filem ketika menyaksikan di dalam panggung baru-baru ini.

Dia yang memuat naik sedikit sedutan filem Lady Gaga, House Of Gucci menerusi Insta Story mengundang kecaman dan perhatian ramai apabila tidak sensitif melakukan perkara tersebut.

Difahamkan, Ameera melakukan perbuatan tersebut ketika menghadiri tayangan filem berkenaan di sebuah pusat beli belah di pinggir Kuala Lumpur.

Menariknya perkongsian tersebut ditanyakan oleh seorang netizen kepada pihak pengendali panggung wayang tersebut melalui Twitter.

“Hai GSC Cinemas. Kenapa perkara sebegini dibenarkan dilakukan? Kenapa masih ada orang melakukan perkara ini?,” tulis pengguna Twitter dengan nama Asya Ridzuan.

Pertanyaan yang dibuat olehnya turut disertakan dengan tangkap layar Insta Story milik Ameera yang memaparkan sedutan filem tersebut.

Sebagai pengendali panggung wayang, pihak GSC Cinemas memberikan maklum balas segera berhubung dengan perkara yang dibangkitkan.

Jelas mereka perkara tersebut salah disisi undang-undang dan memandang serius apa yang dilakukan oleh selebriti berkenaan.

“Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang serius akan perkara ini dan telah menghubungi serta membuat aduan mengenai insiden tersebut kepada pihak yang berwajib untuk tindakan susulan.

“Terima kasih kerana membangkitan isu ini. United International Pictures kini telah sedia maklum mengenainya untuk tindakan susulan. Terima kasih” komen pengendali akaun GSC Cinemas.

Perkongsian yang dibuat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengecam tindakan tersebut.