Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir: ATM terus siaga pantau keadaan -

Banjir: ATM terus siaga pantau keadaan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya di negeri-negeri dilanda banjir sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku gelombang banjir seterusnya.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata walaupun berada dalam keadaan selesa berikutan beberapa negeri sudah semakin pulih daripada bencana banjir, komitmen ATM tidak akan berganjak.

“Setakat ini kerjasama ATM dan MINDEF (Kementerian Pertahanan) dengan agensi serta jabatan-jabatan lain termasuk kerajaan negeri berada pada tahap yang membanggakan.

“Biar pun (banjir) hampir pulih, komitmen ATM kita akan terus bekerjasama rapat dengan setiap agensi… Tumpuan kita sekarang, pasca banjir (lakukan) kerja pembersihan, bantu kerja baik pulih struktur jalan, rumah dan jambatan,” katanya semalam.

Beliau sebelum itu mendengar taklimat Ops Murni ATM di Terengganu dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu bersama Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, lapor Bernama.

Hishammuddin berkata selain membantu mengeluarkan mangsa banjir dan melakukan kerja-kerja baik pulih pasca banjir, pihak ATM juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan Covid-19 bagi mengekang penularan wabak itu susulan kemunculan varian baharu Omicron.