Polis siasat kehilangan pendawaian sistem amaran banjir di Gemas

0
248

Polis sedang menyiasat berhubung kehilangan pendawaian sistem siren amaran banjir dalam kotak siren yang berada di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Taman Sungai Gemas, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tampin Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya segera ke lokasi berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang kakitangan JPS pada 1.44 tengah hari.

“Pemeriksaan lelaki berkenaan kira-kira sejam sebelum itu mendapati terdapat kesan umpil di kotak siren dan di pintu pagar masuk ke kolam tadahan tersebut selain mengesyaki pendawaian kotak dan beberapa barangan dicuri dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM1,000.

“Lokasi siren itu juga berada berhampiran Sungai Gemas dan kawasan perumahan Taman Sungai Gemas. Tempat kejadian mempunyai pagar di sekelilingnya dan didapati terdapat kesan pagar dirosakkan ” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata stesen amaran banjir yang dibina sejak 15 tahun lalu itu tidak dilengkapi apa-apa penggera atau kamera litar tertutup namun berada dalam keadaan baik dengan kali terakhir diselenggara pada 8 Disember tahun lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here