ACARA Anugerah Grammy tahun ini ditangguhkan susulan penularan varian Omicron Covid-19, kata penganjur pada Rabu.
Majlis penganugerahan paling berprestij untuk penggiat muzik itu sebelum ini dijadual berlangsung di pusat bandar Los Angeles dan disiarkan secara langsung di rangkaian CBS pada 31 Januari.
“Memandangkan ketidakpastian yang menyelubungi varian Omicron, adalah terlalu berisiko untuk meneruskan acara itu.
“Selepas pertimbangan dan penelitian melibatkan pegawai perbandaran dan negeri, pakar kesihatan dan keselamatan, komuniti artis dan rakan kongsi kami.
“Kesihatan dan keselamatan mereka dalam industri muzik, penonton, serta ratusan kru yang bekerja tanpa lelah untuk menjayakan setiap persembahan kami tetap menjadi keutamaan,” kata CBS dan Akademi Rakaman dalam satu kenyataan bersama.
Peningkatan kes Covid-19 membabitkan varian Omicron di Amerika Syarikat membimbangkan dan perlaksanaan anugerah tersohor itu hanya akan membawa risiko kesihatan kepada mereka yang bakal hadiri anugerah Grammy.
“Satu tarikh baharu akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya
Anugerah Grammy tahun lalu telah ditangguhkan dari Januari kepada Mac ketika kebimbangan COVID-19 melanda, dan hanya dihadiri mereka yang tercalon dengan jumlah penonton yang terhad. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.