Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Aksi Liverpool, Arsenal ditunda akibat penularan Covid-19 -

Aksi Liverpool, Arsenal ditunda akibat penularan Covid-19

by

in

AKSI perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris antara Arsenal dan Liverpool awal pagi esok terpaksa ditunda.

Liverpool membuat permohonan agar perlawanan itu ditunda berikutan penularan jangkitan Covid-19 di kem mereka dan permohonan itu sah diluluskan malam tadi.

Kelangsungan aksi berkenaan menjadi tanda tanya selepas penolong jurulatih Liverpool, Pep Lijnders, disyaki positif ujian COVID-19. 

Terdahulu, Lijnders diberi tanggungjawab untuk mengambil alih The Reds bagi perlawanan di Stadium Emirates itu memandangkan pengurus, Jurgen Klopp, masih dalam tempoh pengasingan selepas positif virus berkenaan.

Bagaimanapun, Lijnders kini menyertai pengurus berbangsa Jerman itu dalam senarai pengasingan pasukan berkenaan dan satu sidang media khas telah diadakan bagi memaklumkan bahawa rancangan itu sudah boleh dilupakan memandangkan perlawanan berkenaan telah ditunda.

Perkembangan terbaru itu dimaklumkan di Twitter rasmi Liverpool sehari selepas pasukan itu mengemukakan permohonan rasmi untuk perlawanan separuh akhir pertama berkenaan ditunda. 

Sesi latihan pasukan itu juga terpaksa dibatalkan akibat peningkatan drastik kes disyaki positif koronavirus di kem mereka sehingga sesi latihan dibatalkan.

Liverpool kini akan menjadi tuan rumah perlawanan separuh akhir pertama yang dijadualkan semula pada 13 Januari ini sebelum aksi kedua dilangsungkan di Stadium Emirates seminggu kemudian. – SB