3,543 kes baharu Covid-19 direkod hari ini

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 3,543 kes baru Covid-19. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif jangkitan dalam negara  kini mencapai 2,776,699.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.5 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Sabah (+74.3 peratus) telah meningkat.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. – SB