Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
116 kes baharu varian Omicron dikesan di Malaysia- Khairy -

116 kes baharu varian Omicron dikesan di Malaysia- Khairy

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengesahkan 116 lagi kes varian yang membimbangkan (VOC) Omicron dikesan di Malaysia melalui hasil ujian jujukan genom penuh yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menterinya, Khairy Jamaluddin sebelum itu memaklumkan bahawa sebanyak 44 kes import positif Covid-19 disahkan daripada varian Omicron manakala tujuh lagi merupakan kes tempatan di Sarawak yang disahkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Daripada 44 kes import itu, sebanyak 27 kes adalah daripada pengembara dari Arab Saudi. Manakala yang lain akan diberikan butiran setelah mendapat maklumat yang lebih terperinci,” katanya menerusi sidang media pada Khamis.

Bagaimanapun, Khairy memaklumkan bahawa IMR telah memberikan kemaskini sebelum sidang akhbar itu, bahawa 77 lagi kes positif Covid-19 disahkan varian Omicron dengan 59 kes adalah daripada pengembara dari Arab Saudi.

Menurutnya , jumlah itu menjadikan kes kumulatif varian Omicron di Malaysia ketika ini adalah sebanyak 245 kes dengan 233 kes merupakan jangkita import dari luar negara, manakala 12 lagi merupakan penularan tempatan.

Manakala 157 kes atau 64% daripada jumlah kumulatif kes import, merupakan daripada jemaah umrah.

Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan bahawa IMR telah menjalankanl ujian PCR genotyping assay ke atas 1,774 kes positif yang tiba di Malaysia dari luar negara bagi tempoh 1 Disember sehingga 31 Disember lalu.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 1,220 atau 69% sampel menunjukkan kemungkinan varian Omicron.–SB