Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tular rakaman buaya di lokasi banjir: Itu rakaman lama - bomba -

Tular rakaman buaya di lokasi banjir: Itu rakaman lama – bomba

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

BOMBA hari ini menafikan rakaman video serta gambar tular memaparkan seekor buaya tembaga bersaiz besar di muara sebuah sungai didakwa di Johor.

Jelas Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 4, Penguasa Bomba Rasidi Md. Yunos, video tersebut sebenarnya dirakam beberapa tahun lalu sebelum ditularkan kembali sejak beberapa hari lalu.

Pihaknya tidak menerima sebarang laporan penemuan buaya terbabit sejak banjir melanda seperti yang tular dalam media sosial.

“Bagaimanapun beberapa sungai di sekitar Segamat, Muar serta Tangkak sememangnya habitat bagi buaya dan kehadiran reptilia itu bukan pemandangan luar biasa di lokasi berkenaan.

“Walaupun itu merupakan video lama, kami tetap memantau perkara ini. Hasil pemeriksaan, kami dapati, rakaman itu dirakam beberapa tahun lalu dan diulang tular sejak beberapa hari lalu.

“Situasi seperti itu (kehadiran buaya) adalah pemandangan biasa bagi penduduk di situ,” katanya ditemui ketika meninjau paras air di Sungai Segamat, Segamat, hari ini.

Beliau menasihati orang awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan melaporkan kepada Perhilitan sekiranya terlihat reptilia terbabit untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Bahrin Mohd. Noh menasihati orang ramai supaya menghentikan penyebaran rakaman video, gambar atau berita tidak tepat di media sosial kerana ia boleh mendatangkan situasi panik selain mengelirukan. – SB