Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Harga petrol RON97 naik 3 sen, RON95, Diesel kekal -

Harga petrol RON97 naik 3 sen, RON95, Diesel kekal

HARGA runcit petrol RON 97 naik 3 sen kepada RM 3.03 seliter berbanding RM3.00 minggu lalu, berkuat kuasa esok sehingga 12 Januari ini.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 dan Diesel kekal masing-masing pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter bagi tempoh itu.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut MOF, kerajaan mengekalkan paras harga siing RM 2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM 2.15 seliter bagi diesel, dalam usaha melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Sunggupun begitu, MOF memaklumkan bahawa harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk berkenaan telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian itu.—SB